Laman
web ini disediakan oleh Pentadbir Skim Pelaburan Internet
SwissCash sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat
berkaitan berhubung Pentadbiran. Anda digalakkan untuk
sering melawat laman ini memandangkan ianya adalah perantaraan
komunikasi utama dengan para pelabur dan mana-mana pihak
yang berkepentingan sepanjang tempoh Pentadbiran.
Tarikh
tamat untuk penyerahan tuntutan telah tutup dan pihak
Pentadbir tidak akan menerima tuntatan lagi.
Proses Pentadbiran
PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash ("Pentadbir" atau "Administrator").
Proses Pentadbiran boleh digambarkan seperti berikut:
Fasa 1 - Publisiti untuk menjemput para pelabur supaya menyerahkan tuntutan (selesai)
Siaran akhbar of Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 25 Januari 2010.
Notis oleh Pentadbir dalam akhbar pada 27Januari 2010 dalam media seperti berikut:
Bahasa Inggeris
- Star
- New Straits Times
- Borneo Post
- Laman Web Pihak Pentabir
Bahasa Malaysia
- Berita Harian
- Utusan Malaysia
- Laman Web Pihak Pentabir
Mandarin
- Sin Chew Jit Poh
Tamil
- Malaysia Nanban
Fasa 2 - Penyerahan tuntutan oleh para pelabur (selesai)
Tempoh
penyerahan antara 27 Januari 2010 hingga
10 Februari 2010. Pihak pelabur diminta
untuk menyerah tuntutan dalam borang
yang disediakan kepada lokasi yang tertera
pada notis.
Tarikh tamat untuk penyerahan tuntutan
telah tutup pada 10 Februari 2010.
Pentadbir akan menganalisa dokumen-dokumen yang diserahlan oleh para pelabur dan merangka kriteria kelayakan dengan mendapatkan nasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan membuat permohonan ke mahkamah untuk mendapatkan kelulusan kriteria kelayakan.
Fasa 4 - Membuat pembayaran kepada para pelabur yang layak berdasarkan kriteria kelayakan yang diluluskan mahkamah (sedang diuruskan)
Pentadbir
akan membuat pembayaran kepada para
pelabur yang layak berdasarkan kriteria
kelayakan yang diluluskan mahkamah.